Blok Pembangkang Tiada Masalah Pindaan Had Umur Mengundi, Yakin Berjaya

KUALA LUMPUR,16 Julai – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) pindaaan hak kelayakan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun tentunya akan termeterai jika tiada siapa yang menghalangnya.

Katanya tiada kemungkinan RUU ini di tolak kerana beliau melihat setakat ini semuanya berbahas mengenainya dan menyatakan sokongan terhadap implementasinya.

“Saya hampir pasti pindaan RUU pada hari ini akan berjaya. Kita melihat persediaan yang dibuat oleh pihak kerajaan kerana pada asalnya hanya melibatkan pindaan iaitu dari 21 tahun ke 18 tahun tetapi memasukkan cadangan dari blok pembangkang.

“Masalah pelaksanaan akan menjadi satu cabaran dan bagi saya begitu optimis… mesti akan diluluskan di Dewan Rakyat hari ini,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, tiada masalah untuk dipinda dan tidak mendengar apa-apa dari blok pembangkang yang mengatakan tidak setuju mengenai RUU ini dan dijangkakan akan dilulus sebulat suara.

Jelasnya lagi sebelum ini, kerajaan hanya sentuh satu perkara tapi selepas blok pembangkang mengutarakan iaitu umur 18 tahun boleh jadi calon dan pendaftaran secara automatik telah diterima pihak kerajaan maka kedua-dua pihak telah bersetuju untuk sama-sama membuat pindaan itu.

“Kali ini nampak pendekatan lebih kepada cara berbincang dan bermusyawarah, ini telah menjalinkan hasil kerana tidak semestinya kita akan membantah apa yang kerajaan buat… mungkin tidak ada kesempurnaan, dan itu patut kita ambil kira… akhirnya kerajaan ambil pandangan blok pembangkang dan mencapai kata sepakat,” tegasnya – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.