Lim Guan Eng Mesti Dihadapkan Ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Lim Guan Eng mesti dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana mengelirukan Dewan Rakyat.

Sebelum ini katanya, Guan Eng sebut kerajaan Barisan Nasional (BN) rompak wang tuntutan bayaran balik GST RM19.4 bil.

“Laporan PAC, Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara yg dikeluarkan hari ini, 15 Julai 2019 sahkan bahawa wang itu tidak dirompak dan tidak hilang.

“Wang tersebut yang sepatutnya dimasukkan kedalam akaun Amanah Bayaran Balik GST, telah dimasukkan kedalam Akuan Kerajaan Yang Disatukan ( Govt Consolidated Acct),” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Ujarnya lagi, rumusan audit juga nyatakan, cuma RM5.06bil sahaja dari jumlah RM19.4bil yang di tuntut, telah disah dan dilulus utk pembayaran balik tuntutan GST tersebut. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.