Had Umur Belia: Pemuda Simpati MBM Diketepikan Sebagai Pandangan ‘Stakeholder’

KUALA LUMPUR,15 Julai – Pemuda UMNO melahirkan rasa simpati dengan keluhan daripada Majlis Belia Malaysia berhubung penurunan had umur golongan berkenaan daripada umur 40 kepada 30 tahun yang dianggap mengenepikan pandangan ‘stakeholder’.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata seharusnya pandangan daripada ‘stakeholder’ diambil kira selain membuat ‘homework’ dengan komprehensif berhubung apa yang ingin dipinda dan sebagainya.

“Pemuda simpati serta amat memahami dan kita rasa menteri tidak sewajarnya melakukan sedemikian, ini tidak pernah berlaku di zaman Barisan Nasional (BN). Apa juga keputusan penting yang kita nak pinda akta di parlimen kita sepatutnya buat homework dengan komprehensif.

“Ini termasuk kita harus mendengar suara hati dan juga maklum balas daripada ‘stakeholder’ kerana mereka ini akan menerima kesan langsung daripada apa juga keputusan dan dasar yang dibuat oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Katanya lagi  penurunan umur belia daripada 40 kepada 30 akan memberi kesan langsung dan kesan besar kepada pertubuhan-pertubuhan belia hari ini terutama yang bernaung dibawah Majlis Belia Malaysia.

“Ini satu yang amat mendukacitakan apabila tidak mendapat maklum balas daripada pemegang taruh utama Kementerian Belia dan Sukan,” ujarnya.

Berhubung kritikan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz terhadap perlantikan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Asyraf berkata UMNO mempunyai pemikiran terbuka terhadap pandangan yang berbeza.

“Datuk Seri Nazri sebagai ahli UMNO dan kita UMNO mempunyai pemikiran yang terbuka kepada pandangan-pandangan yang berbeza. Saya rasa semua orang ada hak untuk menyatakan pandangan. Jadi bagi saya kita harus menghormati pandangan yang berbeza, bersetuju untuk tidak bersetuju atau bersetuju untuk bersetuju,” tambahnya.- MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.