Penyatuan Melayu Dan Islam Hadiah Lebih Besar Untuk UMNO Dan PAS


KUALA SELANGOR, 13 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata kerjasama antara UMNO dan PAS sangat bermakna dan bermanfaat kepada rakyat.

Katanya, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu, kerjasama ini dipereratkan ekoran kemelut yang berlaku khususnya apabila umat Islam tidak terbela oleh Pakatan Harapan (PH).

“UMNO dan PAS harus berpegang erat dan saling bantu membantu agar PRU ke 15 nanti akan kemenangan akan menjadi milik UMNO dan PAS.

“Jangan kerana ranting pokoknya tumbang, jangan besarkan ranting daripada dahan dan jangan membesarkan dahan kepada ranting… Islam itu menegakkan dan lain-lain itu adalah ranting, jangan tumbang pokok adakalanya ranting itu dibuang dan adakala dibiarkannya.

“Kalau PH dapat hadiah di Putrajaya, UMNO dan PAS dapat hadiah lebih besar iaitu orang Melayu dapat bergabung dalam satu saf dan meneruskan perjuangan kerana Allah … Insya-Allah Putrajaya boleh kita pegang,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kuala Selangor, hari ini.

Tambahnya, beliau tidak menyangka UMNO dan PAS sekarang ini bekerjasama demi memartabatkan kembali orang Melayu dan Islam dan saling membantu antara UMNO dan PAS,

“Apabila kita bergabung bukannya ‘track’ berasingan, tapi kita percaya akan saling kuat dan memperkuatkan, orang-orang UMNO jangan merasa malu untuk mempelajari sebab parti UMNO dan PAS inilah yang paling banyak pengalaman.

“Perjuangan ahli UMNO kena ikut istiqamah perjuangan ahli PAS. Orang UMNO kena tolong PAS, dan PAS kena tolong UMNO maka kedua-duanya kena kuat.”

Annuar juga menjelaskan pengalaman yang dimiliki oleh PAS sepanjang berada di blok pembangkang sangat berguna justeru secara tidak langsung UMNO boleh belajar dan berkongsi serta menggunakan konsep ta’wun iaitu bekerjasama dengan sifat positif dan menggandakan kekuatan UMNO.

“Konsep yang dianjurkan oleh PAS iaitu ta’wun meliputi kesemuanya dan memberi kerahmatan kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum dan akan terus bergerak keperingkat nasional.

“Banyak orang memberi tohmahan negatif kepada PAS dan mengata parti yang tidak progresif, ada juga menuduh UMNO sebagai parti perompak, rasuah dan menimbulkan persepsi yang tidak elok.

“Kita lihat sekarang kebobrokan sosial di peringkat kepimpinan kerajaan yang cukup luar biasa. Ia memberikan persepsi yang buruk, malah akhbar Indonesia menulis berkaitan politikus Malaysia mengenai kes rogol amah serta seks sonsang yang dilakukan oleh menteri dan sebagainya.”

Sehubungan itu katanya, kita mahu semua peristiwa ini menjadi kebangkitan umat Islam secara positif.

“Kita yakin Islam itu ada jalan penyelesaian dan kedua-dua parti ini meneruskan perjuangan Islam dan kita mahukan yang maksimun dari optimum,” ujarnya lagi yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – MediaUMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit