Digelar IQ Rendah… Annuar Musa Terhibur Komentar Kit Siang


KUALA LUMPUR, 13 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa terhibur membaca komentar dan posting Lim Kit Siang (LKS), yang kelihatan seperti begitu dihantui dan penasaran dengan nama Datuk Seri Najib Tun Razak (DSN).

Katanya, permohonan maaf LKS padanya bukan saja tidak dituntut, malah beliau tak kisah pun bila LKS menggelarkannya sebagai IQ rendah.

“Saya sebenarnya lebih rela menerima status rendah IQ kerana sebagai orang Islam kita redha atas ketentuan Ilahi serta qadha dan qadar-Nya,” katanya melalui kenyataan dalam laman facebooknya.

Jelasnya, LKS seperti juga anaknya LGE punya IQ yang tinggi, dan sudah tentu punya pegangan yg berbeza dengan dirinya.

“Sangat berbeza… mereka wartawan, peguam dan akauntan yang cemerlang. Sebab itu mereka begitu pintar membicarakan isu kerugian Forex RM32 billion dan pencurian 1MDB RM42 billion dan rompakan dana GST RM19 billion.

“Begitu juga hutang negara melebihi RM1 Trillion. IQ saya tidak setinggi mereka sehingga begitu pandai menghitung, menuduh dan menghukum dengan begitu yakin sekali.”

Cuma katanya, beliau berikhtiar sebagai anak kampung untuk belajar dari sekolah rendah, ke sekolah berasrama penuh, ke Maktab Tentera di-Raja hingga ke University Teknologi Malaysia (UTM) serta mendapat Sarjana Muda Perancang Bandar (Kelas Kedua Tinggi).

“Saya tidak cuba membeli sijil palsu, memadai dengan degree UTM… selain itu saya turut belajar agama bila saja saya berpeluang, di mana-mana saja,” kata beliau.

Jelasnya, beliau sedar apa pun kelulusan, orang Melayu rata-rata sering dianggap kelas rendah, malas, tidak bijak dan berbagai label negatif oleh bangsa yg merasakan mereka berIQ tingg dan lebih superior.

“Perbezaan saya dgn LKS dalam isu DSN ialah IQ saya tak cukup tinggi untuk menjadikan saya orang yang menuduh dan pada masa yang sama menjadi orang yang menghukum… saya juga tidak tinggi IQ utk mencerca secara berlebihan.

“Sebagai orang Islam saya diajar bahawa fitnah itu buruk, orang Islam dilarang mengejek dan memanggil orang lain dengan nama yang buruk, orang Islam juga dituntut supaya berlaku adil dan jangan kerana kebencian maka kita tidak berlaku adil.

“Islam juga menolak sebarang bentuk kezaliman dan buruk perkataan dan perbuatan. Mungkin agama saya yang membezakan saya dgn LKS. Wallahuaklam….”

Bagi beliau, semua tujuh orang PM Malaysia adalah orang berjasa.

“Mereka telah banyak berkorban dan berjuang memajukan negara. Mereka semua adalah manusia biasa… dan sekiranya mereka di tuduh,mereka mempunyai hak untuk membela diri menurut saluran perundangan yg adil.

“Tiada siapa harus di anggap bersalah sebelum dibuktikan di mahkamah sebagai bersalah…. Apa lagi jika mereka di tuduh oleh kerajaan yang mengambil alih kuasa serta memilih untuk menganiayai musuh politik melalui selective dan political prosecution”

Katanya, proses mahkamah mesti berjalan dan tidak sepatutnya diberhentikan kes yang sedang dibicara dengan menggunakan kuasa politik, dan dijadikan mahkamah tempat menuduh dan melemahkan musuh politik.

“Sementara kuasa digunakan untuk melindungi perasuah, perogol, persemburitan, penghina Raja, pengganggu seksual, peliwat, pemfitnah, pembunuh pegawai awam dan lain-lain semata-mata kerana kuasa.

“Itulah kefahaman saya setakat IQ yang Allah SWT anugerahkan kepada saya. Pastinya tidak setinggi IQ ahli parlimen Iskandar Puteri LKS

“Maaf atau tidak, tiada membawa apa-apa makna. Apa lagi dalam kita mempunyai pegangan dan kepercayaan yg berbeza. Yang penting, sejauh mana keikhlasan kita. Semoga nama DSN tidak menjadi punca igauan LKS sekeluarga,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.