Dasar Dap Menyanggah Perlembagaan Negara – Annuar


KUALA SELANGOR, 13 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO tidak menyetujui dasar-dasar Malaysian Malaysia yang dibawa oleh Dap.

Katanya, perjuangan yang dibawa Dap ini menyanggah perlembagaan negara dan boleh menyebabkan negara ini menjadi huru-hara.

“Kita harus menetang Dap kerana dasarnya yang bertentangan perlembagaan, kerana sosialism dan kesamarataan mirip perjuangan komunis… kerana tidak mendukung kepentingan agama Islam serta membawa dasar Malaysian Malaysian.

“Dap ini cuba mengubah ke arah negara ini menjadi negara republik dan menghina Raja-raja Melayu, membuat sama rata dalam segala benda dan ini bercanggah dengan perlembagaan.

“Jangan masuk perangkap Dap… Dap memang hendak memecah belahkan kita, dan Dap memang hendak lihat kita pijak semasa sendiri,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kuala Selangor, hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut menjelaskan sepanjang 50 tahun Dap berusaha hendak menumbangkan orang Melayu supaya orang Melayu berpecah belah dan kemuncaknya sehingga sekarang ini apa yang berlaku di Malaysia apabila orang Melayu terperangkap dengan sesama sendiri dan berpecah-belah.

Justeru beliau menegaskan bahawa UMNO sama sekali tidak sependapat dengan Dap kerana mereka adalah musah Islam yang nyata.

“Takkan tumbang kayu kerana mata kapak, sehinggalah kayu digunakan untuk bersubahat dengan mata kapak maka tumbanglah kayu kerana kayu.

“Hak orang Melayu terhadap tanah, pentadbiran, pendidikan, perlesenan dan juga agama Islam konstisional mereka. Jadi apa-apa bentuk walau dalam bentuk halus dan sebagainya, Dap harus berterus-terang dengan prinsip dan pegangannya… kita harus tentangnya.”

Katanya, kita sudah lebih 60 tahun memerintah dan mengikut acuan sebagaimana terpahat dalam perlembagaan.

“Dasar Setapak dan dasar Malaysia Malaysian yang dibawa Dap mengancam negara ini. Rang Undang-undang (RUU 355) mereka tentang, soal hudud mereka tentang, hendak kukuhkan Mahkamah Syariah mereka juga tentang secara tidak langsung iaitu tidak mengiktirafkan perlembagaan negara.”

Selaras itu katanya, hendak berkawan boleh tapi jangan ambil yang dalam (Dap) bila ambil orang dalam maka akan lemahkan kita dan ujian inilah yang kita hadapi sekarang.

“Tanam dalam hati masing-masing perjuangan ini adalah salah satu sebagai ibadat kepada Allah, ibadat kepada Allah tiada lapar dan dahaga, tidak ada rasa kecewa, tidak ada rasa putus asa melainkan selagi perjuangan tidak dimartabatkan, kita tentang sehingga Islam tegak di tanah air ini,” tegasnya beliau lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.