Kes Rogol : Mana Pembelaan Kepada Wanita, Apa Nak Jadi Sistem Keadilan PH?


KUALA LUMPUR, 12 Julai – Apa nak jadi pada sistem keadilan negara kita di era Kerajaan PH hari ini?

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berikutan kes pembantu rumah warga Indonesia yang membuat laporan polis atas dakwaan dirogol oleh majikannya yang juga merupakan Exco Perak dari Dap.

Kemudian PDRM menahan suspek dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Lagak seperti ‘abang besar’ rakan suspek yang juga Ahli Parlimen Dap Kepong pertikai penahanan polis yang tak sampai pun satu hari.

“Hari ini media melaporkan suspek jalani tugas seperti biasa, bebas bergerak ke sana sini seperti tiada apa yang berlaku. Suspek rogol boleh ke sana sini seolah seolah kebal daripada undang-undang.

“Adakah kerana Dap sudah berkuasa dan mereka boleh buat apa sahaja?” bidas beliau menerusi kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Soal beliau lagi, apa pula nasib dan pembelaan kepada kaum wanita yang menjadi mangsa rogol tempoh hari?

“Ada rakan di Indonesia bertanya kepada saya ‘YB dan Menteri di Malaysia memang gila seks ke?’

“Sekarang nama Malaysia kembali disebut sebut oleh media negara jiran, dengan pelbagai gelaran yang memalukan,” katanya lagi. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.