YB ‘Tak Senonoh’ Kebalkah? Kerajaan PH Sendiri Tidak Hormat Rule Of Law…

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali ke pentas politik negara dan bergabung untuk berperang dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat jiwa mereka kebal walapun difitnah dengan berpuluh tuduhan yang sebelum ini dianggap senjata berkesan untuk membunuh karier politik seseorang.

“Sebaliknya ia menjadi senjata makan tuan… apatah lagi apabila Kerajaan PH sendiri tidak menghormati ‘rule of law’,” katanya melalui catatan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Terbaru jelas beliau, apabila Paul Yong Choo Keong, ADUN ‘TakSenonoh’ (Tronoh) ditahan atas tuduhan rogol tetapi beliau dilepaskan atas jaminan polis.

“Tidak direman pun. Orang lain, kes demonstrasi pun akan ditahan untuk siasatan polis. Datuk Seri Najib pernah ditahan semalaman bila disiasat oleh SPRM.”

Namun, Ahli Parlimen Dap dari Kepong Lim Yip Eng mempersoalkan tindakan polis menahan YB tersebut sedangkan dia disiasat atas kes jenayah rogol di bawah Seksyen 376.

“Apakah orang Dap terlalu kebal untuk disiasat. Pemimpin Dap Pahang turut tidak direman walaupun mengugut seorang OCPD dengan ancaman tidak akan hidup aman kalau kacau PH.”

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, kes YB Paul Yong bukan kecil anak kerana risiko besar jika tidak disiasat dengan telus.

“Ia membabitkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia kerana mangsa rogol adalah rakyat Indonesia.

“Nampaknya Dap ambil kesempatan di atas penyakit Tun Mahathir ‘saya tidak tahu’ untuk tunjuk kebal. Sampai dia pun tidak tahu Rania Zara Medina adalah transgender,” sinisnya lagi.

Semalam Paul Yong Choo Kiong yang juga ahli exco kerajaan negeri Perak, dilepaskan dengan jaminan polis selepas disiasat tuduhan rogol di bawah seksyen 376 Rogol.

Adun Tronoh disyaki merogol pembantu rumahnya yang merupakan warganegara Indonesia. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.