Sumbangan Tenaga, Idea Najib Dapat Membantu Memperkasa BN – Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) adalah masa yang sangat sesuai dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan BN.

Katanya, perkara tersebut dipersetujui ahli jawatankuasa Barisan Nasional (BN) yang juga presiden-presiden dari parti-parti komponen MCA dan MIC kerana Najib masih mempunyai pengaruh yang cukup kuat dan juga masih relevan untuk membantu rakyat Malaysia.

“Pelantikan Najib turut dipersetujui Presiden MCA dan MIC serta ahli-ahli Dewan Tertinggi BN yang terdiri daripada tokoh-tokoh utama, maka tentunya ada sebab yang kuat untuk Najib membantu memberikan pandangannya dalam platfom yang beliau pernah ketuai,” katanya kepada media di Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut menjelaskan pelantikan Najib kena pada masanya untuk mengembalikan kegemilangan BN yang pernah diterajuinya dan beliau boleh melakukan sesuatu yang proaktif untuk parti.

“Beliau amat dialu-alukan sepertimana YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang memberi penambahbaikan dalam UMNO.”


“Ini ada kaitan apabila UMNO memberikan penghargaan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Lembaga Pengerusi Penasihat UMNO dan beliau (Najib) mempunyai beberapa idea pelantikan pengerusi BN dan parti jika terdapat tokoh atau individu yang terbaik.”

Ditanya berkaitan beberapa pandangan berbeza berkaitan pelantikan tersebut, katanya sesiapa pun boleh memberikan pendapat peribadi yang penting semua pihak harus melangkah kehadapan berganding dengan BN dan UMNO untuk diperkukuhkan.

“Sesiapa pun boleh memberikan pendapat peribadi yang penting semua pihak harus melangkah kehadapan untuk memperkukuhkan UMNO dan BN.

Sehubungan itu katanya, BN tidak mahu mengenepikan kelebihan seseorang yang mampu memberi sumbangan tenaga, pandangan-pandangan apatah lagi mempunyai pengaruh yang boleh membawa generasi pelbagai kaum untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Maka kita mengambil faktor itu sebagai penarik untuk melibatkan seseorang itu dalam membantu dan menggamit semula sokongan rakyat pada UMNO dan BN apatah lagi kita bekerjasama dengan PAS serta pelbagai parti lain yang berminat hendak bekerjasama dengan kita,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.