Pelantikan Najib Tepat, Pengalaman Luas Untuk Bantu BN – Mahdzir


KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) adalah tepat berdasarkan pengalamannya yang begitu luas dalam BN.

Katanya, dalam Lembaga Penasihat BN ini terdapat beberapa orang yang boleh memberi nasihat dan soal membuat keputusan adalah diperingkat kepimpinan BN.

“Pelantikan Datuk Seri Najib adalah sebagai penasihat dan bukannya Pengerusi BN, dalam BN ada jawatankuasa induk sepert UMNO, MCA dan MIC maka kalau nasihat itu baik kita akan ambil nasihat itu,” katanya kepada media di Parlimen hari ini.

Ujar beliau yang juga ahli Dewan Tertinggi BN, di dalam Lembaga Penasihat BN ini, anggotanya bukan hanya Najib sendiri malah ada beberapa orang yang akan dipilih untuk menjadi penasihat BN.

Selasa lalu, Dewan Tertinggi BN telah memaklumkan pelantikan Najib dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti berkenaan. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.