Melayu Perlu Bersatu Atas UMNO… Bukan Pada Parti Yang Telah Pecah-Belah Bangsa


KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Ir Idris Haron menegaskan bahawa orang-orang Melayu perlu bersatu atas nama UMNO dan bukannya kepada parti serpihan yang telah menjadi puca kepada pecah-belahnya bangsa sendiri.

Katanya, beberapa hari lalu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulakan ‘babak’ baru dengan mempelawa semua orang Melayu menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atas alasan demi kepentingan bangsa dan agama.

“Tun M dah mula babak drama baru. Parti yang baru ditubuhkan dah mula menampakkan tanda-tanda akhir hayat… ‘kapal dah bocor nak karam’, nak ajak kita tenggelam sekali pula gamaknya,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, mungkin Tun M sudah mula perasan partinya tidak boleh pergi jauh dan hanya mampu bertahan sepenggal sahaja apatah lagi dengan pelbagai isu moral yang melanda di peringkat tertinggi kerajaan, begitu juga menteri-menteri yang inkompeten dan di bawah paras par.

“Gelombang kebencian rakyat juga semakin hari semakin membuak. Rakyat yang jadi mangsa penipuan manifesto Pakatan Harapan (PH) semakin membara kemarahannya, apabila kos sara hidup terus meningkat dan banyak lagi impak negatif yang dibawa oleh PH sejak menjadi kerajaan.

“Namun antara sebab PH menang dlm PRU lalu ialah selain mereka menguasai ‘cyber war’, mereka mempergunakan Tun M sebagai umpan dan mereka berjaya.

“Orang muda bebas memilih kerana melihat Tun M sebagai idola dan ‘dewa’ dalam negara dan barangkali, dengan mandat ini juga, Tun fikir boleh capai 2/3 lagi dalam PRU15 kelak iaitu dengan stuktur, sistem, strategi serta otoriti bersama Tun untuk ulang kejayaan dulu.”

Ternyata kata beliau, kaedah yang Tun M guna ialah Melayu bersatu bawah satu lembayung politik bagi mendapatkan kuasa.

“Tapi hari ni nampaknya Tun M menyeru agar seluruh ahli UMNO bersatu dengan parti PPBM… bolehkah Tun sedangkan parti itulah yang yang sepatutnya dibubarkan dengan menyertai UMNO jika benar Tun harapkan bangsa Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini bersatu,” kata beliau lagi yang juga mantan Ketua Menteri Melaka. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.