Dap Yang ‘Double Standard’

SETIAUSAHA Agung Dap Lim Guan Eng berkata sebarang tindakan terhadap anggota Exco Dap Perak Paul Yong yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya hanya akan diambil setelah pihak polis selesai melakukan siasatan.

Bermakna Yong akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa.

Mengapa tidak arah Yong bercuti buat sementara agar tidak menganggu proses penyiasatan?

Sebagai VVIP dalam hierarki kerajaan negeri, Yong boleh sahaja gunakan kedudukannya untuk menganggu atau menghalang siasatan.

Kalau dulu semasa zaman BN apabila ada sahaja pihak BN yang ditangkap atau disiasat Polis, Dap lah yang antara lantang melompat dan memekik mendesak orang itu dan ini bercuti atau letak jawatan.

Tetapi kini setelah berkuasa lain pula.

Inilah ‘double standard’ yang diamalkan oleh parti cavunis ini.

Bila kena batang hidung sendiri terus bersilat memberi pelbagai alasan dan dalih.

Selamatkah Malaysia bawah Dap?

Roslan SMS

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.