UMNO Tak Akan Dibubar, Tolak Kerjasama Dengan Parti Yang Ada Kaitan Dengan Dap

KUALA LUMPUR, 10 Julai – UMNO sama sekali tidak akan dibubarkan untuk menyertai mana-mana parti politik lain malah akan terus berjuangan bersama PAS berdasarkan setiakawan dan Piagam Bersama yang telah terbentuk.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan demikian berkaitan pendirian rasmi UMNO berhubung usaha penyatuan dan perpaduan Melayu menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Ditegaskan bahawa UMNO sebagai parti politik orang Melayu yang terbesar, selaras dengan dasar dan matlamat perjuangannya, sentiasa meletakkan matlamat perpaduan dan penyatuan Melayu sebagai perkara yang utama dan penting,” katanya.

Jelas beliau, selaras dengan prinsip tersebutlah UMNO komited dengan usaha membentuk kerjasama (taawun) politik dengan PAS yang merupakan parti politik Melayu kedua terbesar di negara ini.

“Adalah diyakini taawun UMNO-PAS adalah merupakan gagasan perpaduan dan penyatuan Melayu yang paling berkesan dalam arena politik demokrasi berparlimen tanah air kita.

“UMNO dan PAS menolak sama sekali ikatan kerjasama dengan mana-mana jua parti atau pihak yang menjalin kerjasama dengan parti Dap, atas kesedaran bahawa parti tersebut dengan dasar ‘Socialsm’ mereka serta strategi Malaysia Malaysia Dap adalah sama sekali bercanggah dengan dasar perjuangan UMNO dan PAS.”

Maklum beliau lagi, sebarang tindakan kerjasama UMNO dengan parti lain akan terlebih dahulu dirujuk kepada rakan taawun yakni PAS, dan akan diputus secara bersama, sesuai dengan Piagam Taawun kedua parti.

“UMNO sentiasa terbuka kepada sebarang perundingan dengan mana jua parti politik berkaitan perpaduan dan penyatuan Melayu.

“Namun, perundingan hanya boleh dibuat oleh wakil rasmi yang diberi mandat oleh parti, dan bukannya oleh mana-mana individu atau kumpulam tanpa kebenaran rasmi parti.

“Keputusan berkaitan sebarang perkara yang dirundingkan hanya boleh diterima atau diluluskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO ,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – MediaUMNO
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2019/07/kenyataan-media-SUA.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.