“Apa Khabar Pahlawan-pahlawan ‘Anti-Mutant’ Malaysia, Terutama Dari Dap,” Tanya Najib

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam hantaran di Facebook menyindir dengan bertanya khabar beberapa pejuang anti-Lynas dahulu terutama dari parti Dap.

“Hello Fuziah. Mana Wong Tack? Apa khabar, pahlawan-pahlawan ‘anti-mutant’ Malaysia – terutama dari Dap.

“Ini bukan BN (Barisan Nasional) yang kata. Ini Menteri kereta terbang PH (Pakatan Harapan) yang cakap,” tegas Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Najib berkata demikian ketika merujuk kepada laporan media perdana mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Redzuan Md Yusof yang mengakui negara bakal mendapat pelaburan sebanyak RM100 bilion untuk industri-industri yang berkaitan dengan nadir bumi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PH terutamanya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan ramai lagi merupakan penentang kuat projek kilang Lynas di Kuantan hingga ke tahap mahu menutupnya jika menjadi kerajaan.

Tetapi sebaliknya tambah Najib lagi, kenyataan menteri yang sering berbangga dengan kereta terbangnya itu menjadi bukti Lynas tidak akan ditutup.

“Malah, Kerajaan PH ingin menarik lagi banyak pelaburan untuk membuka kilang-kilang nadir bumi seperti Lynas untuk ditempatkan di Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, semasa dialog dengan Kelab Koresponden Asing Jepun (FCCJ) di Tokyo, Jepun pada hujung Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan mengumumkan Malaysia akan membenarkan kilang memproses nadir bumi tersebut untuk terus beroperasi di negara ini. – MediaUMNO.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.