Alu-alukan Pelantikan Najib, Demi Parti Sesiapa Sahaja Boleh Menyumbang – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan pelantikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau sesiapa sahaja boleh menyumbang untuk parti dan percaya dengan apa yang ada pada mantan perdana menteri itu ianya boleh memberikan manfaat untuk BN.

“Kita mengalu-alukan dan percaya dengan pengalaman Datuk Seri Najib sebagai bekas PM dan Presiden UMNO selain pengalaman yang banyak sebelum ini, saya percaya mampu membawa perubahan kepada BN.

“Sesiapa sahaja yang ingin berikan sumbangan kepada parti kita terima, dan Datuk Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN akan memberikan nasihat dan sebagainya. Kita perlukan sesiapa sahaja selain Datuk Seri Najib,” katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Semalam, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera seterusnya menambah biarlah Datuk Seri Najib melaksanakan tugasnya untuk kepentingan dan kebaikan parti.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.