UMNO/BN Tak Boleh Terima Tawaran Parti Yang Bersekongkol Dengan Dap – Zahid

 

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) dan UMNO sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk menerima realiti politik namun tawaran untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh diterima demi menjaga perpaduan Islam dan Melayu.

Jelas beliau, ianya juga tidak boleh diterima selagi parti itu bersekongkol dengan Dap.

“Walaupun BN dan UMNO berlapang dada menerima realiti politik dalam apa jua situasi politik tapi kita tidak boleh terima tawaran tersebut dan ia harus dilihat dalam konteks kemajmukan masyarakat di Malaysia.

“Tentunya kita tidak dapat menerima sebarang pelawaan, selagi mana parti apatah lagi pemimpin parti itu terus bersekongkol dengan Dap.

“UMNO dan BN tidak boleh menerima jika Dap terus menguasai kerajaan yang ada sekarang ini,” ujar beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, UMNO dan BN tidak boleh menerima sama sekali agenda Malaysian Malaysia yang diterjemahkan oleh Dap.

“Inilah pendirian rasmi UMNO dan BN,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut berkaitan pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk parti-parti politik Melayu menyertai PPBM. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.