Tak Perlu Masuk PPBM… UMNO-PAS Parti Terbesar Orang Melayu – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa orang-orang Melayu tidak perlu masuk ke parti lain termasuklah Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ini kerana katanya, parti terbesar orang Melayu adalah UMNO dan PAS.

“Orang Melayu tidak perlu ke PPBM. Parti terbesar Melayu hanya UMNO dan PAS. Agenda Ta’awun Siyasi UMNO-PAS jauh lebih penting untuk penyatuan ummah dan melampaui kepentingan politik,” katanya melalui maklumbalas yang disiarkan dalam twitteer beliau hari ini.

Semalam, terdapat pelawaan untuk semua parti politik Melayu tempatan menyertai PPBM bagi menguatkan kuasa politik kaum itu, kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.