Puteri UMNO Lancar Derma Khusus Untuk Mangsa Pencemaran Sungai Kim-Kim


KUALA LUMPUR, 6 Julai – Pergerakan Puteri UMNO sangat bersimpati dengan nasib adik Irfan Wafiy Idham Wazir yang menderita penyakit MyoKimia akibat daripada pencemaran Sungai Kim-Kim di Pasir Gudang Johor.

Justeru, ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan memaklumkan, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia terpanggil untuk melancarkan Tabung Derma Khusus buat adik Irfan.

“Gerakan derma ini bagi meringankan beban keluarga beliau untuk membiayai kos keperluan serta rawatan susulan adik Irfan agar beliau kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

“Semoga Allah jua yang memberkati budi baik anda semua dan semoga Allah terus memberi kekuatan kepada keluarga beliau serta kesembuhan segera adik Irfan jua yang diharapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Derma tersebut boleh disalurkan terus ke akaun berikut:

IRFAN WAFIY B IDHAM WAZIR
MBB ACC: 101245304762

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.