Jangan Terpengaruh Dan Tinggalkan UMNO, Inilah Rumah Kita – Zahida

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Amat janggal jika UMNO parti yang besar untuk sertai PPBM parti kecil, mengapa tidak mereka yang sertai kita?

Demikian persoalan yang ditimbulkan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkenaan kenyataan Tun M yang mengajak orang-orang Melayu sertai PPBM.

Katanya, tidak dinafikan apa yang disebut itulah realiti situasi dalam negara kita sekarang, apabila Melayu berpecah kepada enam parti politik.

“Tapi perlu kita semua tanya juga, siapakah sebenarnya punca kepada perpecahan ini?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah pecah-belahkan Melayu, kenapa tiba-tiba nak bercakap tentang penyatuan Melayu, kuatkan Melayu untuk lawan siapa atau apakah tiba-tiba merasakan Dap suatu ancaman?

“Kalau benar siapakah yang berikan kekuatan kepada Dap selama ini?

“Jadi kepada sahabat seperjuangan ahli ahli UMNO yang saya hormati mohon fikirlah semasaknya.

“Adakah kita sanggup pergi kepada orang yang telah lari dari perjuangan parti kita?”

Ujar beliau, UMNO parti yang telah banyak berjasa kepada agama bangsa dan negara.

“UMNO adalah rumah kita, rumah tempat kita berdeduh sekian lama, tidak tergamak untuk kita ikut orang yang telah terlebih dahulu tinggalkan rumah keramat ini dan bersama musuh,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.