Pemuda UMNO Malaysia Pelawa Anak Muda Sertai Skuad Sabil


KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempelawa anak muda yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan untuk menyertai Skuad Sabil anjuran pergerakan tersebut.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Skuad Sabil ni ditubuhkan dengan mengambil kira suara hati, denyut nadi dan daya juang anak-anak muda Malaysia bagi menzahirkan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada agama, bangsa dan tanahair.

“Anak muda yang berminat dengan aktiviti kesukarelawan boleh menyertai skuad ini. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas tidak kira ahli UMNO ataupun tidak dialu-alukan untuk bersama-sama menabur budi untuk negara melalui Skuad Sabil ini,” katanya.

Jelas beliau, secara umumnya Skuad Sabil memfokus dan mensasarkan aktiviti-aktiviti seperti:

• Menggerakkan aktiviti kebajikan dalam masyarakat;

• Menyediakan khidmat bakti kepada masyarakat pada bila-bila masa;

• Membantu masyarakat yang dilanda bencana dan musibah;

• Membantu menjaga keselamatan dan kesejahteraan para pemimpin dan peserta dalam program-program himpunan rakyat;
membantu masyarakat yang dilanda bencana dan musibah

Anak muda yang berminat bolehlah menghantar CV ke alamat e-mel: raziothman18@gmail.com.

Untuk makluman, sesi suaikenal pula akan diadakan pada 13 (Sabtu) dan 14 (Ahad) Julai 2019 dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Pejabat Pemuda UMNO Malaysia (Tingkat 28, Menara Dato Onn, PWTC).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Razi Othman di talian 014-223 4738. – MediaUMNO