Saya Bertanya Soalan Bagi Pihak Rakyat, Tapi… – Tajuddin

 

KUALA LUMPUR 3 Julai – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan akan terus hadir ke persidangan Dewan Rakyat walaupun telah digantung empat hari bermula hari ini kerana beliau mewakili rakyat.

Katanya, beliau tidak peduli dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming malah menyifatkan keputusan itu belum dikuatkuasakan.

“Dia nak gantung gantunglah, gantung sampai mati saya tak kisah. Saya bebas bila nak masuk. Mungkin ada ada penilaian semula yang keputusan beliau itu melampau.

“Nak gantung satu, dua, empat, 10 hari. Tidak ada gantung. Tak diputuskan. Dia (Kor Ming) cuba tapi keputusan itu tak dikuatkuasakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam sidang hari ini, Tajuddin diarahkan keluar daripada sesi sidang Dewan Rakyat hari ini ekoran meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menjawab soalan tambahan.

Tajuddin tidak berpuas hati mengapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai Program Tanaman Kontan, tetapi mewakilkan
Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin.

“Soalan tambahan ini adalah hak kepada Ahli Parlimen yang bertanya, walau macam mana pun, yang saya persoalankan mana menterinya, kenapa timbalannya yang ada sedangkan saya menyampaikan soalan ini bagi pihak rakyat,” katanya.

Hal itu bermula apabila Tajuddin tidak berpuas hati mengapa Salahuddin tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai Program Tanaman Kontan, tetapi mewakilkan Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin sedangkan beliau ada di dalam Dewan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming tidak membenarkan Tajuddin meneruskan untuk bertanyakan soalan tambahan dan keadaan itu mewujudkan perang mulut antara kedua-dua mereka mengambil masa hampir 15 minit. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.