Setiausaha Agung UMNO Umum Lima Pelantikan Baru Ahli Majlis Tertinggi UMNO

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan di sini hari ini mengumumkan lima pelantikan baru Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Adalah saya seperti diarahkan oleh YB Dato Seri Presiden UMNO mengumumkan pelantikan seperti berikut selaras dengan Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO, Presiden bersetuju melantik,

  1. YBhg Datuk Dr Mohd Puad Bin Zarkashi (Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat)
  2. YBhg Datuk Johan Bin Abd Aziz (Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat)
  3. YBhg Datuk Ir Dr Shaik Hussein Bin Mydin (Ketua UMNO Bahagian Bagan)
  4. YBhg Datuk Hj Yaakub Khan (Ketua UMNO Bahagian Sepanggar)
  5. YBhg Datuk Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii (Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh

“Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta sehingga tempoh Majlis Kerja Tertinggi 2018-2021”, katanya. –MediaUMNO