Dulu Tuduh Dan Fitnah BN Gadai Negara Kepada China, Hari Ini PH Lagi Teruk…


KUALA LUMPUR, 2 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran langkah terbaru mereka sebagaimana yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd berkaitan pelantikan tiga anggota Lembaga Pengarah termasuk dua individu dari China.

Soal beliau, ingat lagi propaganda air mata Pakatan Harapan (PH) ketika sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?

“Mereka tuduh dan fitnah Barisan Nasional (BN) gadai segala kepada China. Hari ini bukan sahaja aset-aset kita sudah habis PH jual, lebih malang bila warga asing diletakkan dalam jawatan penting yang melibatkan rahsia dan kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar semalam yang baru melantik tiga Lembaga Pengarah baharu berkuat kuasa 26 Jun 2019.

“Ini yang jadi agak pelik sebab, Khazanah adalah syarikat pelaburan bukanlah syarikat pembuatan jadi ia tak perlu kepakaran teknikal.

“Kita mempunyai cukup pakar-pakar pelaburan yang terbukti track record mereka, adakah tiada rakyat Malaysia yang layak?

“Bagi saya Khazanah tidak perlukan orang luar untuk jawatan tertinggi, kerana segala pelaburan adalah rahsia negara. Kita guna mesin masa tinjau balik apa yang disebut oleh Menteri paling ‘viral’ akhir-akhir ini….”

Bidas beliau lagi, sebelum ini Khazanah memberitahu tidak bincang pelantikan pengarah warga asing yang disebut pada 8 Oktober 2018.

“Belum sampai satu tahun kerajaan PH buat uturn lagi, pendirian flip-flop….

“Hari ini bukan sahaja aset-aset kita sudah habis PH jual, lebih malang bila warga asing diletakkan dalam jawatan penting yang melibatkan rahsia dan kepentingan negara.

“Jadi apa lagi yang boleh diharapkan dengan kerajaan hari ini? Jangan ragu-ragu, kita pastikan PH #KerajaanSepenggal,” tegas beliau.

Dalam kenyataan media semalam, Khazanah mengumumkan pelantikan tiga anggota Lembaga Pengarah baru iaitu Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, To’ Puan Azian Mohd Aziz; Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang serta Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.