Isu Tabung Haji: Menteri Dilabel Cap Ayam, Gagal Beri Penjelasan Berfakta


KUALA LUMPUR, 1 Julai – Kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof memberikan jawapan secara tepat dan berfakta berkaitan Tabung Haji telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pembangkang hingga pertikaman lidah berlaku.

Perang mulut tersebut tercetus ekoran penjelasan yang gagal memberikan jawapan berfakta selain menyalahkan kepimpinan terdahulu, malah Mujahid disindir oleh pembangkang dengan gelaran ‘cap ayam’.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah bertanyakan soalan tambahan kedua sama ada kerajaan bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kepincangan dalam Tabung Haji.

“Urusan Tabung Haji ini banyak menimbulkan keresahan oleh rakyat yang sangsi dengan pendekatan yang diambil kerana kecenderungan kerajaan banyak melakukan manipulasi perakaunan. Dengan keresahan-keresahan ini adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan RCI sebagai menjawab kesangsian kepada rakyat?” soal Annuar.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan, Mujahid menjelaskan kekeliruan mengenai Tabung Haji bukanlah pada rakyat tetapi hanya berlaku dalam kalangan pembangkang dan mendakwa masalah manipulasi perakaunan hanya diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Jawapan ini telah mengundang rasa tidak puas hati kalangan Ahli Parlimen pembangkang terutama bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mengganggap Mujahid memberikan jawapan politik.

“Menteri menjawab tanpa fakta, hanya jawapan politik semata-mata,” katanya.

Abdul Azeez malah memohon kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof untuk memberikan soalan tambahan sebagai bekas pengerusi Tabung Haji namun tidak dilayan. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.