Henti Bernostalgia, Reformasikan UMNO


PASIR GUDANG, 30 Jun – UMNO tidak boleh lagi bernostalgia sebaliknya perlu bergerak dan berubah mengikut peredaran semasa dengan melakukan pembaharuan serta reformasti parti dalam usaha mendapat semula sokongan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, proses tersebut akan menjadikan parti lebih moden, telus, terurus dan dipercayai.

“Sekarang ini pengislahan (reformasi) parti sedang dilakukan kerana ada beberapa aspek dalam parti yang tidak kemas seperti perlembagaan (parti), jadi parti sedang dalam proses untuk inisiatif dan perubahan.

“Kini kita bergerak sebagai parti pembangkang kerana tidak mempunyai kuasa dan ikut kesesuaian masa. Namun kita harus bangkit dan jadi waras. Kita perlu wujudkan gerakan tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bermula hari ini.

“Kita harus mengalahkah kerajaan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15,” ujarnya yang juga Ketua UMMNO Bahagian Pasir Gudang ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Hotel Amansari, Bandar Seri Alam di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.