Latheefa Koya Akhirnya Akui Bar Ribbon Yang Dipakai Ada Kekhilafan

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tersenyum lebar apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya akhirnya mengakui Bar Ribbon Perkhidmatan yang beliau pakai mempunyai kesilapan.

Namun begitu, katanya sebagai seorang yang mempunyai ego yang tinggi, walaupun Latheefa sudah mengakui mempunyai kekilafan, beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan seolah-olah tuduhan terhadap beliau memakai pingat kebesaran adalah tidak benar.

“Bila masa pula saya tuduh beliau memakai pingat atau darjah kebesaran?Apa yang saya pertikai ialah Bar Ribbon Perkhidmatan yang Latheefa Koya pakai, saya tahu dia tak pernah dapat bintang atau darjah kebesaran?

“Saya cuma bagi perumpamaan, saya berkhidmat lapan tahun pun baru terima satu bintang dan dua pingat pertabalan, macamana Latheefa baru sebulan kerja riben perkhidmatan dia banyak sangat.”

Jelas beliau, perenggan ini dari kenyataan Latheefa dah cukup sebenarnya, mengaku ajelah kalau sudah silap, kemudian betulkan, tak payah menegakkan benang yang basah.

“Patutnya Latheefa cuma perlu sebut: ‘Bar ribbon yang dikepilkan ke atas saya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang telah mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan. Walau bagaimanapun, saya memohon maaf kerana terdapat kekhilafan dalam bar ribbon yang saya pakai semasa memeriksa barisan Kadet SPRM. Kini kekilafan tersebut telahpun diperbetulkan.’

“Saya ingat Guan Eng dengan Kulasegaran aje yang perlu khidmat seorang Setiausaha Akhbar yang mahir berbahasa Melayu, rupanya KP SPRM pun perlu nampaknya,” kata beliau lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.