Tindakan Dr Mahathir Terus Burukkan UMNO Propaganda Jahat Yang Memalukan


KUALA LUMPUR, 27 Jun – Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam media kononnya kewangan dalam akaun UMNO datang daripada sumber wang 1MDB, adalah berniat jahat bagi memburukkan nama UMNO bidas Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun.

Tegasnya Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan, cuba membina persepsi bahawa UMNO menerima dana haram, sedangkan tidak ada sebarang keputusan mahkamah pun yang menyatakan sedemikian.

“Adalah sangat memalukan apabila seorang Perdana Menteri cuba menanamkan persepsi jahat sebegitu dalam minda rakyat, sedangkan Cik Uma Devi, pegawai bank yang terlibat dalam urusan kewangan akaun Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, ketika memberi keterangan dalam perbicaraan di mahkamah, telah mengakui bahawa duit yang diterima oleh akaun AmBank kepunyaan Datuk Seri Najib, adalah dari Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi akaun ibu pejabat UMNO dinamakan satu daripada 41 akaun dalam senarai SPRM sebagai penerima duit 1MDB tetapi anehnya perbicaraan kes 1MDB itu sendiri belum bermula.

“Bukankah ini menampakkan satu propoganda jahat terancang kerajaan bagi memburukkan nama UMNO?

“Saya percaya UMNO berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan akan melawan di mahkamah semua tohmahan kerajaan PH ini, yang dilihat secara sengaja memanipulasikan peraturan undang undang, bagi kepentingan nafsu serakah mereka,” ujarnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.