Lebih 50,000 Meriahkan Sambutan Rumah Terbuka Tok Mat

RANTAU, 15 Jun – Lebih 50,000 orang meriahkan majlis rumah terbuka Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Prsiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hasan yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mat melahirkan rasa bersyukur di atas sambutan yang amat memberangsangkan ini.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana sambutan Hari Raya ini mendapat sambutan dari rakan taulan, sahabat handai yang datang daripada dekat dan jauh. Bagi pihak keluarga saya, saya ucap berbanyak terima kasih,” ujar beliau kepada media.

Antara pemimpin parti yang turut hadir di majlis tersebut adalah Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika ditanya berkaitan gesaan bercuti terhadap menteri yang dikatakan terlibat dalam video lucah songsang, jelas beliau, hanya kerajaan yang boleh menentukan sebarang bentuk tindakan.

“Ini adalah mengenai moral dan kita bukan kerajaan untuk paksa dia bercuti, yang boleh mengambil tindakan terhadap beliau adalah kerajaan kerana dia adalah anggota Kabinet.

“Perdana Menteri individu yang boleh putuskan berkenaan kedudukan beliau di Kabinet. Kita boleh bagi pandangan dan pandangan saya kalau ada nilai moral dan diri, beliau perlu ambil keputusan yang tepat untuk mengatasi masalah ini,” tegas beliau. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.