UMNO Ucap Takziah Kepada Keluarga Datuk A Rahman Hassan, Kehilangan Terhadap Industri Seni
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Seluruh barisan kepimpinan UMNO hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan, 73, yang meninggal dunia tengah malam tadi, dan menyifatkan satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air negara.
Allahyarham sebelum ini merupakan Presiden Kelab UMNO Artis Tanahair (KUAT) selain seorang yang banyak menghiasi dunia seni tanah air dan banyak berjasa dalam indutri berkenaan kepada negara.
Perjuangannya dalam industri seni tidak akan dilupakan dan pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat dirasai.
Allahyarham A. Rahman menghembuskan nafas terakhir pada 12.40 tengah malam tadi di Hospital Ampang di sini, akibat komplikasi paru-paru berair.
Allahyarham merupakan ikon ‘Pop Yeh Yeh’ di era 60-an, dan terkenal dengan lagu ‘Tak Mengapa’ bersama Orkes Nirwana, telah mencorakkan suasana muzik dan seni lagu zaman tersebut bersama tokoh seni lain seperti M. Osman, Datuk Jeffrydin serta ramai lagi.-MediaUMNO