Raikan Aidilfitri Dengan Penuh Kesyukuran, Maaf Zahir Batin – Shamsul Anuar


KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai peringkat.

Katanya, marilah kita raikan sambutan ini dengan penuh kesyukuran atas kejayaan kita sebulan berpuasa.

“Kita eratkan hubungan kita dengan bertemu saudara mara, rakan taulan, dan menjemput bersama rakan-rakan pelbagai kaum meraikan Aidilfitri ini.

“Kepada yang memandu atau menggunakan kenderanan. Berhati hati dijalan raya dan ingat orang tersayang,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook beliau.

Katanya, semoga Syawal ini memberikan kegembiraan dan kebahagian kepada kita semua.

“Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.” – MediaUMNO