Suasana Ekonomi Suram, Sambutlah Aidilfitri Secara Sederhana – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Dalam keadaan suasana ekonomi yang suram seperti hari ini, sambutlah hari raya secara sederhana, kata Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, gunalah kesempatan Aidilfitri yang mulia ini untuk saling bermaafan sesama Muslim dan mengeratkan silaturahim di antara kita dimana perpaduan ini dapat terus dipelihara untuk memaknai perpaduan ummah di negara kita.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh negara dan di mana sahaja berada.

“Bagi warga perantauan yang bakal pulang ke kampung halaman, pandulah dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya. Yang lebih penting adalah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing.

“Sesungguhnya kepulangan kalian sangat dinanti-nantikan keluarga kalian di kampung halaman,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bera dalam hantaran menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau turut menyertakan serangkap pantun iaitu:

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri;
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.