Agong Titah Jangan Jadikan Masjid Gelanggang Politik

TEMERLOH, 2 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya institusi masjid di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik oleh mana-mana pihak.

Seri Paduka juga menitahka supaya masjid di negeri ini diimarahkan dan jangan sesekali dijadikan tempat mengajar ilmu-ilmu yang tidak selari dengan kehendak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ini saya tekankan sekali lagi jangan mana-mana pihak cuba mempolitikkan atau mengajar ilmu yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana telah termaktub dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Pahang,” titah Seri Paduka semasa merasmikan p Masjid Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah semalam. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.