Sedih Dan Kecewa, Dimana Hak Dan Keadilan Buat Adib?

KUALA LUMPUR, 31 Mei – “Sedih dan kecewa. Itulah perasaan saya. Dimana hak dan keadilan buat Allahyarham Adib sehingga hari ini?

Itulah luahan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berhubung perkembangan terkini inkues anggota bomba, Mohd Adib Mohd Kassim yang terkorban akibat kecederaan parah ketika bertugas pada penghujung tahun lalu.

Katanya, kes sudah sampai di penghujungnya.

“Adakah Pejabat Peguam Negara dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat ibarat sedang bermain wayang kulit sedangkan ramai rakyat dan pastinya pihak keluarga mahukan hak keadilan dan pembelaan yang sewajarnya untuk Adib.

“Seharusnya Kerajaan PH bertindak tegas, fokus dan lebih serius dalam menangani kes Adib,” tegas beliau dalam kenyataan hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.