Pelajar Tahfiz Ittifaqiyah Meriahkan Program Berbuka Puasa Najib

 

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Walaupun bukan bergelar Perdana Menteri lagi, namun Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tetap melakukan kelaziman di bulan Ramadan iaitu menjamu pelajar tahfiz berbuka puasa.

Seramai 25 orang pelajar tahfiz daripada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah memeriahkan majlis berbuka puasa yang diadakan di kediaman beliau di Langgak Duta, di sini malam tadi.

Selain pelajar tahfiz, turut hadir adalah beberapa pemimpin UMNO antaranya ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan. Ahli UMNO Bahagian Pekan juga tidak ketinggalan turut hadir bersama.

Majlis berbuka puasa tersebut telah dimulakan dengan program khatam Al-Quran.

Seusai majlis berbuka puasa, tetamu jemputan yang hadir menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan terawih secara berjemaah.

Sebelum bersurai majlis diakhiri dengan jamuan moreh.

Untuk rekod, pusat tahfiz Ittifaqiyah pernah menggemparkan negara dengan kejadian menyayat hati apabila kebakaran yang berlaku di situ meragut nyawa 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru.

Bencana memilukan itu berlaku pada 14 September 2017 – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.