Ahmad Zahid Meriahkan Iftar Bersama Jemaah Taman Setia Balakong

BALAKONG, 28 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengimarahkan majlis iftar bersama penduduk yang dianjurkan oleh Surau Nurussabah, Taman Setia Balakong, semalam.

Ahmad Zahid telah disambut oleh ahli jawatankuasa surau serta penduduk setempat yang turut disertai Habib Ben Taher Nael dari Majlis Rasulullah SAW Malaysia bagi mengetuai bacaan Tausiah di sini.

Selepas diadakan acara tausiah, Ben Taher telah mengadakan tazkirah sebelum majlis iftar.

Lebih 300 jemaah memenuhi kawasan tersebut dalam majlis yang berlangsung penuh harmoni dan semangat kekeluargaan.

Selesai sahaja iftar bersama jemaah surau, Ben Taher telah mengimamkan solat maghrib dan juga mengetuai bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Acara ini tamat sekitar jam 10.30 malam selepas bersolat terawih berjemaah di surau ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.