Rafak Sembah Takziah Kemangkatan Sultan Ahmad Shah

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merafak sembah takziah kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang dan seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur di atas kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

“Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh
Almarhum. Innalillahiwainnalillayhirojiun… Al Fatihah….”

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Jan lalu. – MediaUMNO