Al-Fatihah: Ahmad Zahid Merafak Sembah Takziah Sultan Ahmad Shah Mangkat

KUALA LUMPUR 22 Mei – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah pagi tadi.

“Merafak sembah takziah kepada DYMM Sultan Pahang, kerabat DiRaja dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah, semoga Allah mencucuri rahmat atas roh almarhum,” katanya seperti yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi, dan akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, selepas Zohor esok.

Baginda merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.