Tempoh 10 Tahun Untuk PH Urus Ekonomi Tak Wajar, Cukuplah 1 Penggal – Khaled

JOHOR BAHRU, 21 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap tempoh 10 tahun untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) menguruskan ekonomi adalah tidak wajar.

Katanya, pentadbiran kerajaan sebelum ini lebih mementingkan soal membawa kesejahteraan kepada rakyat serta sentiasa mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat walaupun menerima kritikan dan tuduhan yang pelbagai.

“Kerajaan sebelum ini juga menekankan kepada usaha melakukan ikhtiar dan intervensi demi membawa kesejahteraan kepada rakyat, maka tempoh 10 tahun untuk menguruskan ekonomi adalah tidak wajar. Cukuplah satu penggal sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran menerusi laman Facebooknya sebagai mengulas berkaitan kenyataan Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan PH mensasarkan sekurang-kurangnya 10 tahun tempoh masa bagi membaik pulih ekonomi negara.

Semalam, Muhyiddin dipetik berkata, Kerajaan PH menyasarkan sekurang-kurangnya 10 tahun tempoh masa bagi membaik pulih ekonomi negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.