Kit Siang Patut Malu Pertahankan Keadilan Yang Buruk Kerajaan PH

JOHOR BAHRU, 21 Mei – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi membidas pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang yang menyatakan, kempen ‘Malu Apa Bossku’ bertentangan dengan Rukun Negara, mencabar Pelan Anti Rasuah Kebangsaan 2019-2023 serta menghalang kepada misi transformasi negara daripada satu kleptokrat global kepada negara berintegriti terulung.

Dalam hal ini beliau merujuk kepada ucapan Kit Siang sempena Mesyuarat Agung cawangan-cawangan Dap Parlimen Iskandar Puteri Sabtu lalu (18 Mei 2019).

“Intergriti terulung? Sedarkah Kit Siang, dia, anaknya, Peguam Negara dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri adalah penghalang kepada prinsip Rukun Negara, Pelan Anti Rasuah dan Rule of Law di Malaysia.

“Sepatutnya Lim Kit Siang merasa malu kerana mempertahankan pelaksanaan keadilan yang buruk oleh Kerajaan PH.”

Jelas beliau, setidaknya Najib sedang dibicarakan walaupun cukup jelas ia seperti dipaksa untuk mengikut naratif politik Kerajaan PH, sebaliknya kenapa Lim Guan Eng tidak mahu membersihkan dirinya melalui proses perbicaraan di mahkamah?

“Kenapa mahu gunakan Peguam Negara menggugurkan kes beliau yang baru memulakan perbicaraan?” soal beliau menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebooknya, hari ini.

Tegasnya, itu sudah cukup jelas menghalang intergriti dan pelan anti rasuah yang PH dan Kit Siang momokkan.

“Itu tidak termasuk kontroversi projek terowong bawah laut yang didakwa ada unsur rasuah. Hingga kini Kit Siang, Guan Eng dan SPRM tidak dapat menjawab kebocoran kertas siasatan SPRM oleh portal Malaysia Today yang mendedahkan rasuah berlaku.

“Beberapa nama terdedah dalam kertas siasatan yang bocor itu. Antaranya nama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, P Ramasamy dan Exco Lim Hock Seng.”

Katanya, dalam kertas siasatan itu, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Pengarah Urusan CZCSB mendedahkan kepada SPRM, 40% daripada projek terowong itu miliknya dan 60% milik Ewe Swee Kheng iaitu proksi Lim Guan Eng. Swee Kheng pula memberitahu SPRM, daripada 60% miliknya itu, 10% adalah milik Lim Guan Eng.

Dilaporkan, pada 20.4 2019 Malaysia Today mendedahkan lagi maklumat di muka surat 15 dan 16 dari kertas siasatan yang bocor itu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut terbabit.

“Bagaimana kertas siasatan itu boleh bocor? Apakah terdapat Pegawai SPRM yang tidak berpuas hati dan tidak mahu bersubahat dengan ‘cover up’ telah membocorkan kertas siasatan tersebut.

“Zarul juga mendedahkan RM22 Juta telah dibayar supaya SPRM tidak meneruskan siasatan terhadap projek terowong tersebut.

“G Gnanaraja yang dituduh sebagai perantara, telah ditahan oleh SPRM. Penahanan beliau membuktikan kandungan maklumat yang bocor itu adalah benar. Soalnya apakah nama nama lain akan terlepas begitu sahaja dan Gnanaraja seorang sahaja menjadi kambing hitamnya.”

Soal beliau, kenapa Lim Kit Siang diam menikus terhadap gejala ‘selective prosecution’ ini?

“Mana dia intergriti terulung yang beliau katakan di persidangan cawangan cawangan Dap tersebut.

“Amat kontradik, kerana dalam kes Najib, Kit Siang menyatakan, biar mahkamah yang tentukan sama ada dia bersalah atau tidak, tetapi dalam kes anaknya, kuasa digunakan untuk menghalang Mahkamah melaksanakan proses yang sama.

“Bahkan dalam perbicaraan kes AMLA yang sedang berjalan banyak terdedah perkara yang meragukan sama ada Najib boleh mendapat perbicaraan yang adil.”
Ujarnya, bayangkan pasukan pembela Najib dihalang untuk mendapatkan detail akaun Najib apabila pegawai Ambank yang juga saksi Pendakwa memaklumkan dia mendapat arahan daripada SPRM.

Terdahulu, saksi mendedahkan perkara ini melalui surat yang dihantar kepada team pembela Najib dan dalam surat bertarikh 15 Mei 2019 itu, Group Compliance Ambank Islamic, Nazaruddin Md Kassim memaklumkan mereka telah menerima surat rasmi dari SPRM bertarikh 14 Mei 2019 yang tidak membenarkan detail akaun Najib diserahkan kepada pihak pembela.

“Dengan bangga Kit Siang beritahu perwakilan cawangan yang hadir bahawa, ribut kejayaan kempen ‘Malu Apa Bossku’ berjaya dimatikan di PRK Sandakan pada 11 Mei lalu.”

Bidas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, sepatutnya, Kit Siang melihat dalam perspektif yang lebih besar iaitu ‘ribut kemenangan PH’ yang dimomokkan sebagai ‘kemenangan rakyat’ telah mati setelah rakyat celik mata bahawa Kerajaan PH sebenarnya adalah kerajaan pembohong dan kuat kencing.

“Kit Siang, tunjukkan kejantananmu!” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.