Kit Siang Tak Tahu Beza Mana Satu Pukulan Maut… PRK Sandakan Atau Cameron Highlands?


JOHOR BAHRU, 13 Mei – “Kit Siang kata kemenangan Dap di Sandakan merupakan ‘tamparan hebat’ kepada ‘malu apa bossku’, tetapi mana satu pukulan maut antara menang di Sandakan kalahkan calon PBS yang bukan BN dengan kalah kepada ‘UMNO’ (BN) di Cameron Highlands,” bidas bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, UMNO dengan Dap adalah seteru sepanjang zaman dan Dap cukup benci dengan UMNO.

“Keutamaan Dap ialah memusnahkan UMNO dulu, kini dan selamanya, tetapi mereka tidak pernah bertemu satu lawan satu di dalam gelanggang.

“Ditakdirkan mereka bertempur di Cameron Highlands. Dap kalah teruk. Sudah tentu dendam kesumat Kit Siang memuncak. Justeru kemenangan Dap di Sandakan tidak akan dapat memulihkan maruah Kit Siang yang terluka di Cameron Highlands.

“Ia perlu tujuh keturunan untuk memulihkannya. Menang di kawasan majoriti Cina hanya mengesahkan status quo Dap sebagai parti orang Cina. Lagi pun lawannya adalah PBS yang bukan lagi komponan BN,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebooknya.

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Kit Siang hanya ada satu lagi pilihan iaitu lawan sekali lagi UMNO di tempat yang bukan majoriti Melayu.

“Ada berani?” soalnya lagi.

Sabtu lalu, Dap memenangi PRK Sandakan yang menyebabkan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang mengungkap kata-kata “ini merupakan satu tamparan hebat kepada kempen ‘malu apa bossku’ oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak tahu malu,” sedangkan UMNO/BN tidak bertanding dalam PRK terbabit. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.