UMNO 73 Tahun: Kita Sama-Sama Bawa Parti Mengorak Langkah Ke Depan, Pesan Mahdzir

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengajak seluruh kepimpinan dan ahli parti agar terus berada pada semangat yang cukup tinggi dalam usaha memastikan parti terus mengorak langkah ke depan.

Malah beliau turut mengingatkan wadah perjuangan UMNO adalah lebih besar dan bukannnya sekadar sebuah parti politik semata-mata, namun ianya melangkau jauh lebih daripada itu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir UMNO ke-73. Saya juga menyeru kepada kepimpinan dan ahli UMNO seluruh negara untuk terus berada pada semangat yang tinggi untuk sama-sama meneruskan langkah demi kesinambungan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

“Sesungguhnya wadah perjuangan ini lebih besar daripada sebuah parti politik dan ianya adalah badan siasah yang terus mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia,” katanya kepada UMNO-Online sempena sambutan Ulang tahun UMNO 11 Mei, esok.

Mahdzir seterusnya menegaskan 61 tahun parti UMNO bersama dengan rakan-rakan yang lain menjadi kerajaan memperlihatkan kejayaan membangunkan negara berasaskan kepada masyarakat majmuk.

“Hari ini kita sekali lagi diuji untuk meneruskan perjuangan dan untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa. Dikesempatan sambutan ke-73 ini, saya sekali lagi menyeru kepada seluruh kepimpinan dan ahli pelbagai peringkat untuk kita bergerak bersatu dan kita bersungguh-sungguh untuk lihat UMNO berjaya kembali menjadi kerajaan pada masa akan datang. Semoga parti ini terus dirahmati Allah swt. Selamat menyambut hari UMNO ke-73,” ujarnya lagi. – MediaUMNO  

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.