UMNO 73 Tahun: Sokongan Akar Umbi Perkukuh Perjuangan Demi Agama, Bangsa Dan Negara

 

JOHOR BAHRU, 9 Mei – UMNO terus kukuh biarpun hari ini parti ini bukan lagi sebagai kerajaan namun sokongan di akar umbi tetap dalam tekad demi usaha meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Beliau berkata, ulang tahun UMNO ke-73 pada 11 Mei ini disambut dengan rasa syukur kerana UMNO walaupun tak lagi jadi kerajaan tapi masih jadi parti yang kekal berkhidmat.

“Kita sedar dan insaf bahawa kita memikul amanah dan tanggujawab berat yang perlu dilaksanakan. Walaupun hari ini kita menerima pelbagai kecaman tetapi kita tidak hilang keyakinan bahawa UMNO akan terus pikul amanah dan tanggungjawab dalam memastikan masa depan negara, masa depan orang Melayu dan kedudukan agama Islam terjamin.


“Kita pertingkatkan azam untuk meneruskan perjuangan. Kita akan pertahankan dengan apa juga supaya masa depan negara terjamin dan bangsa Melayu terus jadi bangsa yang dihormati.

“Sambutan 73 tahun ini akan disambut dengan satu keyakinan yang membolehkan masa depan parti ini dapat bertahan dan menjadi parti yang unggul dalam negara,” katanya kepada UMNO-Online.

Tegasnya yang juga ADUN Benut berkata, dalam kita berhadapan dengan pelbagai cabaran, UMNO di Johor terus menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

“Semangat akar umbi, sokongan terus kukuh dan 2,300 cawangan yang ada di Johor ini adalah kekuatan UMNO,” katanya lagi.

Sabtu ini, UMNO genap berusia 73 tahun selepas ditubuhkan pada tahun 1946. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.