UMNO Akan Lebih Perkasa, Bertambah Matang – Wanita

GEORGE TOWN, 7 Mei – Usia parti yang matang dan kini berstatus pembangkang yang berwibawa, seharusnya semua pihak baik di akar umbi mahupun pemimpin bersama-sama memikirkan masa depan UMNO agar ia kembali terpancar.

Demikian saranan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim sempena mengambil roh perjuangan dan semangat sambutan ulang tahun parti yang ke 73 tahun pada Sabtu ini.

“Syukur alhamdulillah… UMNO sudah mencapai usia 73 tahun dan bagi saya amat menyedihkan kerana sekarang adalah pembangkang tetapi inilah peluang untuk kita muhasabah diri dan melihat di mana kekurangan dan kelebihan untuk kita perbetulkan.

“Saya pasti sekarang ini ahli-ahli UMNO telah sedar bahawa kita adalah pembangkang, tugasan dan tanggungjawab kita lebih berat dan perlu menjadikan parti pembangkang yang berkesan, dapat menegur dan mengutarakan kesilapan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah Norliza, tekad bangkit kembali dan bersatu padu adalah resepi kejayaan.

“Sekiranya kita bersatu padu dan bangkit semula Insya-Allah… kita akan dapat balik tampuk pemerintahan ini dan jadikan kekalahan ini sebagai satu motivasi untuk kita bangun dan bangkit semula yang lebih baik dari sebelum ini.

“Jangan jadikan kekalahan UMNO ini sebagai suatu yang ‘demoralize’, kita harus bangun dan bangkit kembali, hanya UMNO yang mempunyai komposisi terbesar sahaja yang boleh memperjuangkan orang Melayu dan Islam di Malaysia,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.