UMNO Rakam Takziah, Ibu Mahdzir Khalid Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 5 Mei – Seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau hari ini.

Difahamkan, allahyarhamah ibu beliau telah meninggal dunia pada pukul 2.35 pagi tadi di Putra Medical Centre (PMC).

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – MediaUMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.