Himpunan Serlah Jati Diri Melayu, Islam


KUALA LUMPUR 4 Mei – Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang berlangsung disifatkan sebagai yang terbaik sekali gus menyerlahkan jati diri umat Islam dan Melayu di negara ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, himpunan itu juga merupakan satu cerminan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh memandang remeh suara dan nurani umat Islam khususnya bangsa Melayu sebagai kaum teras.

“Himpunan yang berlangsung di ibu negara petang tadi boleh disifatkan sebagai terbaik, apabila peserta berjaya memelihara disiplin dan adab tinggi selain kerjasama baik oleh pihak berkuasa.

“Penganjur perhimpunan juga berjaya memberi komitmen bahawa perhimpunan ini berlangsung dengan aman tanpa unsur provokasi selain objektifnya menyatukan umat Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 peserta pelbagai peringkat umur berhimpun secara aman bermula dari Masjid Jamek Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi sebelum berarak ke Kompleks Beli-Belah Sogo di sini. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.