PH Terus Kekal Dengan Fitnah, UMNO Terus Membela Rakyat – Haryaty


KUALA LUMPUR, 3 Mei – Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Haryaty Hamdzah berkata rakyat sudah jelak dan muak dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sering menuding jari kepada kerajaan terdahulu.

Beliau menjelaskan, setahun pemerintahan PH tema yang sering diucapkan ‘Rahmatan Lil A’lamin’ (rahmat untuk seluruh alam) namun ia tidak serupa seperti apa yang diungkapkan.

“Terdapat banyak kepincangan yang berlaku seperti ekonomi jatuh merundum, kakitangan kontrak diberhentikan kerja, sijil pendidikan palsu, tidak menunaikan janji manifesto, mengamalkan rasuah, kronisme dan sistem perundangan yang tidak adil.

“Kerajaan PH seperti kera sumbang dalam setiap langkah samada berada di peringkat menteri, pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kerajaan yang mereka lantik sehingga di peringkat bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan sebagainya… semuanya serba tidak kena.

“Fitnah tidak akan kekal… kejayaan PH menjadi kerajaan atas fitnah dan politik kebencian yang mereka mainkan selama ini dan akhirnya ia memberi implikasi negatif kepada mereka sendiri. Mereka tidak bersedia menjadi kerajaan, sebab itulah kesilapan demi kesilapan mereka lakukan,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah Haryaty lagi, hakikatnya perpaduan yang dijayakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini lebih harmoni berbanding di bawah rejim PH.

“Kerajaan BN tidak mempunyai agenda-agenda yang tersirat dan mendiskrimasikan mana-mana kaum, dan ini terbukti dalam ‘track record’ pentadbirannya selama 60 tahun.

“Ini jauh berbeza dengan pentadbiran PH, belum setahun mentadbir negara telah dapat dilihat pelbagai masalah yang timbul antaranya agama Islam telah diganggu-gugat, kedaulatan Raja-raja Melayu sudah mula dipertikaikan dan reputasi hubungan bilateral juga semakin renggang,” tegasnya.

Selain itu beliau turut mengulas hikmah yang dapat dilihat selepas setahun BN tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Walaupun kita terpukul dengan kekalahan BN pada PRU-14 yang lalu tetapi kita dapat lihat hikmah atas kekalahan tersebut. Semenjak perpaduan ummah dilaksanakan rakyat semakin mempercayai UMNO malah orang bukan Melayu juga dilihat kembali meletakkan harapan untuk melihat UMNO terus bangkit membela rakyat.

“Namun begitu, UMNO perlu terus bermuhasabah diri memperbaiki kelemahan dan perlu bangkit segera untuk mengembalikan kuasa yang telah bertukar tangan melalui proses demokrasi yang sihat.

“Oleh itu, bersempena sambutan ulang tahun UMNO yang ke-73 pada 11 Mei akan datang, marilah kita bersama-sama berazam untuk berubah menjadi lebih baik demi terus memperkukuhkan parti keramat ini bagi berjuang habis-habisan pada PRU-15 nanti,” saran beliau. – MediaUMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.