Tidak Ada Dimensi Baru Menjelangnya Setahun Pakatan Harapan Memerintah – Nizar

KUALA LUMPUR, 28 April – Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berpandangan tidak ada dimensi baru yang dapat dilihat daripada kerajaan Pakatan Harapan setelah mengambil alih kepimpinan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Sebaliknya ujar beliau apa yang nampak sepertimana kata orang tua-tua, meludah ke langit akhirnya terjatuh ke muka sendiri berikutan kepada beberapa perkembangan mutakhir hari ini khususnya ulang tahun pemerintahan mereka yang akan memasuki tahun pertama bulan Mei nanti.

“Sekarang saya yakin percaya, kini hampir setahun rakyat mula sedar dan bangkit… dan banyak mehnah dilakukan oleh kerajaan PH dan kita juga dapat lihat menjelang setahun pemerintahan mereka terpancul dengan gelaran yang sinis daripada para netizen di media sosial dan sebagainya… ‘kencing, hancing, penipu’ telahpun ada di mentaliti rakyat dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan hari ini sememangnya tidak ada,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mei depan genaplah setahun kerajaan Pakatan Harapan menerajui negara selepas berjaya mengambil kepimpinan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Pelbagai pihak mula tampil dengan menuntut segala janji dan segala tawaran sepertimana yang terkandung dan dilontarkan kepada rakyat dalam usaha meraih sokongan sebelum ini.

Nizar seterusnya melontarkan keyakinan bahawa kerajaan PH tidak mampu untuk melaksanakan segala janji mereka sebaliknya kerajaan lalu menjadi sandaran untuk menutup kepada apa yang berlaku itu.

Tambahnya oleh kerana mereka hanya pandai bercakap atau ibarat menanam tebu dibibir….tentunyalah kerajaan BN akan menjadi sasaran mereka dengan alasan hutang dan hutang dan hutang menjadi skrip manual mereka.

“Manifesto sekadar penyedap sahaja. Pada masa yang sama tidak ada sebarang usaha dilakukan di segenap dimensi berasaskan manifesto. Memang mereka akan beri seribu satu alasasan dan seribu janji termasuklah alasan menyalahkan kerajaan terdahulu semata-mata.

“Bercakap memanglah sedap…Contoh seperti yang diungkapkan di dalam ceramah dan tular di media sosial, harga minyak petrol RM1.50 turun akhirnya tidak berlaku. PTPTN juga begitu…Penghapusan GST kononnya akan turunkan harga barang dan banyak lagi termasuklah dasar serta polisi yang dahulunya oleh BN dahulu sepertri ECRL, Bandar Malaysia yang mempunyai kolaborasi dengan pelabur luar dan sebagainya akhirnya u-turn,” ujarnya.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.