Menjelang Setahun Pemerintahan PH, Tak Ada Apa Sekadar Bertukar Kulit – Din Adam

KUALA LUMPUR, 26 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Din Adam percaya menjelang setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyedarkan rakyat bagaimana pretasi mereka yang hanya sekadar bertukar kulit semata-mata.

Menurut beliau sepertimana yang diperkatakan oleh masyarakat umum, mereka kadangkala bukan hanya sekadar ‘copy paste’, u-turn dan sebagainya lagi malah secara jelas tidak menampakkan sesuatu dasar baru yang diperkenalkan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Apatah lagi jika diungkit dan diimbau kepada segala janji yang terkandung di dalam manifesto mereka. Jika kita hitung dan seandainya kita senaraikan satu persatu banyak janji yang tidak tertunai.

“Sebab itulah kita tidak pelik pun melihatkan kepada apa yang berlaku hari ini terutamanya satu demi satu dasar mereka berbanding dengan apa yang dilaksanakan pada zaman Barisan Nasional (BN) dahulu… kini dijenamakan semula,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Din yang juga Ketua UMNO bahagian Dungun seterusnya menambah terbaru sebelum ini IM4U yang dikatakan akan dijenamakan sebagai IMPACT adalah satu lagi penjenamaan semula oleh kerajaan PH menjelang setahun pemerintahan mereka.

Katanya lagi, tidak pelik pelbagai program mahupun polisi serta dasar akan terus menjadi pertimbangan kerajaan yang ada hari ini untuk dijenamakan secara menyeluruh.

“Alhamdulillah… jika program itu baik teruskanlah… dan mungkin untuk ‘bermain silap mata’ nama-mana berkenaan ditukar. Kita tidak hairan pun malah sepertimana yang diperkatakan tadi jika ianya baik untuk rakyat teruskan. Namun apa yang pasti tentunya segala yang dihamburkan kepada BN sebelum jelas satu dakyah semata-mata,” tambahnya.

Tegasnya lagi pelbagai contoh lain misalnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Bantuan Sara Hidup (BSH), Program Permata Negara (Permata) kepada Genius, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa (PKD), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), AES kepada AWAS menjelaskan kepada rakyat segala-galanya tentang pencapaian mereka menjelang setahun pemerintahan kerajaan PH

“Itu belum lagi dengan polisi-polisi yang mereka buat banyak yang u-turn. Antara yang u-turn Statut Rom… u-turn, kemudiannya PTPTN u-turn… lagi satu polisi-polisi mereka juga ‘copy paste’… tukar nama…,” tambahnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.