ADUN BN Dihalang Berbahas Bila Ungkap ‘PH Mungkir Janji’ … Mana Kebebasan Bersuara PH?

SEREMBAN, 25 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Manickam Letchuman membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya sebagai pejuang kebebasan bersuara tetapi hakikatnya tidak.

Ini berikutan tindakan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar semalam yang memintanya berhenti berbahas pada minit keenam sebaik sahaja beliau berkata kerajaan PH mungkir janji.

“ADUN lain dapat 20 minit. Saya dapat hanya 6 minit.

“Kata PH kebebasan bersuara. Tapi di sini saya sengaja dihalang walaupun saya tidak melanggar mana-mana peraturan Dewan.

“PH bimbang. PH tidak berani menjawab,” tegasnya dalam catatan di Facebooknya.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan itu juga berkata, beliau hanya sempat membahaskan tiga tajuk sahaja dalam masa enam minit tersebut.

“Saya hanya sempat untuk bahas atas 3 tajuk iaitu pertama berkaitan ketaatan kepada Raja.

“Kedua, status pembohongan PH yang kata ada 300,000 orang India tanpa dokumen pengenalan dan ketiga, isu tempat Kolej Matrikulasi bagi pelajar cemerlang SPM semua bangsa termasuk pelajar India.

“Selepas itu saya diminta Datuk Yang Dipertua Dewan untuk berhenti berbahas dan tak benar saya untuk bersambung,” kesal Pengerusi MIC Negeri Sembilan itu lagi.

Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Ke-14 bagi Negeri Sembilan bermula sejak Isnin lalu dan berlangsung selama enam hari sehingga Selasa, 30 April depan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.