BN Mengutuk Sekeras-Kerasnya Kejadian Pengeboman Di Sri Lanka


KUALA LUMPUR, 22 April – Barisan Nasional (BN) memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian pengeboman di ibu kota komersial Colombo Sri Lanka pada Ahad lalu.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejadian ini adalah satu tindakan yang tidak berkeperimanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana negara atas apa alasan sekalipun.

“Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlalu kerana ia mengorbankan banyak jiwa yang tidak bersalah.

“Justeru, BN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang setakat ini tidak tahu siapa pelakunya kerana ia adalah perbuatan tidak berkeperimanusiaan ini,” ujar beliau kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Kejadian pengeboman itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 207 orang maut manakala beratus-ratus lagi cedera seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Turki Anadolu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.